Pengasas Blog

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan


Anazoth

Nama sebenar penulis ialah Ahmad Nazaree Othman. menceburi bidang blogging secara separuh masa. Mula menceburi bidang perniagaan online sejak 4 tahun yang lepas. Sebelum ini penulis hanya menceburi bidang ini sekadar suka-suka...kerana sebelum tu asyik online layan benda lain jer. Setelah berjaya melakukan beberapa jualan di internet, penulis mula meminati bidang ini hingga sekarang. Minat penulis timbul apabila menyedari betapa mudah dan senangnya buat duit di internet. Penulis tiada latar belakang IT mahupun komputer kerana bidang pengkhususan sebenar penulis adalah Civil engineering.

Diawal pembabitan, penulis banyak menghabiskan duit dengan membeli ebook dari internet marketer lain tidak kira dalam mahupun luar negara untuk belajar bagaimana menjana pendapatan di internet. Memang kalau nak dikira jumlah nilai ebook-ebook yang penulis beli mencecah ribuan. Pening jugak la kepala kalau fikirkan... tapi pada penulis, tidak rugi untuk kita mengeluarkan sedikit modal untuk mencari ilmu. Kerana penulis sedar ini bukan bidang penulis pada awalnya..nak tak nak kena belajar sendiri. Semuanya bermula dari bawah.

Pengalaman awal pembabitan penulis didalam perniagaan internet memang agak kelam kabut. Tidak tahu mana nak bermula, bagaimana membina laman web mahupun blog dan apa bisnes online yang penulis nak jalankan. Segalanya bermain difikiran. Alhamdulillah, berkat ketekunan dan kesabaran lama kelamaan sedikit demi sedikit penulis berjaya satu persatu.

Objektif utama blog ini adalah untuk penulis berkongsi ilmu dengan pembaca-pembaca semua mengenai perniagaan internet dan blogging. Segala artikel yang dicoretkan adalah berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri. Penulis sendiri sentiasa belajar dari hari ke hari bagi meningkat ilmu dan pengetahuan penulis kerana dunia online sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

Nasihat penulis kepada anda semua yang ingin berjaya dan menjana pendapatan di internet, mudah saja.. Jangan bertangguh! kerana langkah awal adalah penting. Selagi anda tidak memulakannya selagi itulah anda tidak akan berjaya. Maafkan penulis sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dari segi bahasa didalam blog ini.

Terima kasih kerana melayari blog ini..."Knowledge is good only if it is shared"......sekian.