Bagaimana menghilangkan 'Navbar' pada blogspot atau blogger

Posted Posted by Anazoth in Comments 1 ulasan

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghilangkan 'NavBar' pada blogspot anda;

1.login ke akaun blogger atau blogspot anda.

2.Pilih blog dan klik pada 'design'.

3.Klik 'edit HTML'.

4.Masukkan css kod dibawah seperti ditunjukkan (ditanda merah) pada 'template code' anda.
       #navbar-iframe {   display: none !important;}

    contoh:


    Sila 'preview' blog anda untuk melihat hasilnya.


     

    Bagaimana membina blog sendiri dengan wordpress

    Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

    Membina blog sendiri cukup mudah sekiranya anda menggunakan kemudahan blog percuma yang disediakan samada oleh blogger.com, wordpress.com, typepad.com, weebly.com, dan lain-lain penyedia blog percuma yang banyak diinternet. Kelebihan menggunakan blog percuma adalah anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli nama domain dan hosting sendiri. Blog juga dapat dibina dengan senang dan pantas hanya dengan mengikut langkah-langkah yang disediakan.

    Blog percuma juga mempunyai beberapa kelemahan, anda hanya akan menyedari kelemahan ini apabila anda telah benar-benar mahir dan serius didalam blogging. Kelemahan yang ketara ialah anda tidak mempunyai kuasa sepenuhnya keatas blog tersebut. Ibarat orang yang menumpang dirumah orang, tidak boleh melakukan sesuatu perkara ikut suka hati kita. Begitu jugalah dengan blog percuma, anda hanya boleh membina blog terhad kepada tool dan widget yang diberi. Rekaan dan format blog anda juga kemungkinan akan sama dengan pengguna yang lain. Oleh kerana anda menumpang hosting yang disediakan oleh mereka, alamat URL blog anda juga hanya menggunakan sub-domain.(contohnya, "blogpercuma.blogspot.com").

    Ada baiknya anda mempunyai blog.com sendiri. Dengan mempunyai blog sendiri anda akan mempunyai kuasa sepenuhnya keatas blog tersebut. Anda boleh lakukan apa saja setup yang anda ingini diblog tersebut. Apa yang anda harus lakukan sekiranya ingin membina blog sendiri ialah dengan mendapatkan nama domain dan hosting terlebih dahulu. Cara termudah untuk membina blog sendiri ialah dengan menggunakan wordpress. Sebelum anda membina blog anda sendiri, 2 perkara berikut harus anda lakukan dahulu.

    • Dapatkan/fikirkan nama Domain untuk blog anda terlebih dahulu. Setelah itu, Anda boleh membeli nama domain tersebut di Godaddy.com ataupun namecheap.com sekiranya anda memiliki akaun PayPal atau kredit kad. Bagi yang tiada, boleh membeli menggunakan maybank online ataupun CIMB dengan penyedia domain di Malaysia sahaja. Nama domain merupakan nama untuk blog anda tersebut.


    • Anda perlu mempunyai hosting sendiri. Hosting ialah tempat dimana segala fail-fail untuk laman blog/web anda disimpan. Banyak pilihan Hosting yang boleh anda beli di internet seperti Hosgator.com dan Justhost.com. Pastikan hosting tersebut menyokong PHP dan MySQL dan menggunakan CPanel serta mempunyai fungsi Fantastico.


    (Setelah anda membeli hosting, anda akan diberikan akaun CPanel oleh penyedia hosting anda. Harus di ingat, Terdapat 2 kaedah membina blog dengan wordpress iaitu kaedah manual dan automatik (Fantastico). Saya cadangkan anda menggunakan kaedah fantastico kerana ianya lebih cepat dan mudah)


      Sila ikuti langkah-langkah berikut;
      1. Login ke akaun CPanel anda. Klik pada "Fantastico"

      2. Kemudian klik pada 'wordpress'

      3. Pilih 'New instalation'

      4. Isikan maklumat lengkap yang diminta dan klik 'Install Wordpress'.

      Ok. Siap...anda sekarang telah berjaya mempunyai blog.com anda sendiri. Cuba uji blog baru anda dengan menaipkan alamat URL blog anda tersebut. Jika laman blog anda terpapar itu bermakna 'instalation' anda tadi telah berjaya. Blog yang terhasil sekarang masih perlu dicantikkan lagi. anda tidak perlu risau kerana anda boleh melakukannya kemudian.

      Untuk proses mencantikkan dan memasukkan artikel ke dalam blog anda, anda perlu login ke bahagian administrator wordpress. Bagi melakukan proses tersebut sila login ke http://domainanda.com/wp-admin. Masukkan username dan password yang diminta. Setelah anda login, anda bolehlah menukar theme untuk blog anda dan memasukkan artikel yang anda ingini. Lakukan latih tubi bagi memahirkan anda dengan fungsi-fungsi dan plugin yang terdapat pada admin panel wordpress anda tersebut. Apa yang saya ajarkan disini hanyalah basic awalan didalam proses membina blog. Banyak laman web atau blog diinternet yang menerangkan atau mengajar anda bagaimana untuk mengenali setiap fungsi-fungsi pada admin wordpress ini. Jangan risau 'google' jer lama kelamaan anda pasti mahir. Proses untuk membina blog yang baik serta dapat menjana pendapatan perlukan anda melakukan penyelarasan diperingkat awal pembinaan hingga ke peringkat akhir. Sila baca beberapa tips lain disini.



      Cara menguruskan kata laluan dan daftar masuk dengan lebih mudah

      Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

      Setiap kali anda ingin login kemana-mana akaun email anda, forum mahupun akaun affiliate, cpanel ataupun laman social seperti facebook, myspace, tagged dan lain-lain, anda pasti akan diminta untuk memasukkan maklumat 'username' dan 'password' terlebih dahulu. Bayangkanlah sekiranya anda mempunyai pelbagai akaun email ataupun berpuluh laman social dan forum. Saya pasti anda akan sukar untuk mengingati setiap maklumat daftar masuk bagi 'username' dan 'password' anda sekira ianya berbeza-beza bagi setiap akaun tersebut.

      Bagi mengatasi masalah ini, saya sarankan anda menggunakan alat pengurusan kata laluan seperti RoboForm. RoboForm ialah cara yang paling mudah untuk anda menguruskan kesemua maklumat daftar masuk dan anda tidak perlu menghafal semua kata laluan tersebut.

      Setiap akaun yang didaftar akan disimpan oleh RoboForm dengan kemas dan teratur didalam folder dan anda hanya perlu klik nama akaun yang ingin anda login manakala secara automatik roboform akan memasukkan username dan password untuk akaun tersebut untuk anda tanpa perlu anda menghafal kata laluan tersebut.

      Untuk tujuan keselamatan, anda boleh menetapkan 'kata laluan utama' dimana anda hanya perlu memasukkan password login utama anda untuk kesemua akaun daftar masuk tersebut. Anda hanya perlu login sekali sahaja menggunakan 'kata laluan utama' ini iaitu setiap kali anda mula menggunakan pc anda. Ini dapat menghalang individu lain yang menggunakan pc anda dari menggunakan akaun yang disimpan di RoboForm.

      Anda boleh dapatkan RoboForm di sini: http://www.roboform.com/
      Sekian....selamat mencuba.