Kenapa pemilihan nama domain yang baik memberi kesan kepada blog atau laman web anda.

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

Pemilihan nama domain tidak boleh dipandang ringan sekiranya anda ingin memulakan sesebuah blog. Selain melakukan SEO (search engine optimization) untuk artikel dan link dalaman didalam blog anda, nama domain yang baik juga akan memberi impak kepada blog tersebut. Nama domain yang dipilih juga seharusnya kena dengan niche dan keyword sesebuah blog yang ingin dibina. Ia akan memberi kesan keatas carian dan ranking sesebuah laman web/blog tersebut.

Menamakan laman web/blog anda mengikut nama domain juga amat penting. Jadi sekiranya anda ingin membina blog yang menceritakan berkaitan dengan 'langsir' maka adalah lebih baik nama 'langsir' dimasukkan kedalam nama domain anda. Anda harus ingat pelawat yang inginkan maklumat tentang 'langsir' akan menaip/memasukkan nama langsir didalam carian mereka.

Pilihlah nama domain yang mudah untuk diingati. Ini akan memudahkan pelawat mengingati dan kembali ke blog atau laman web anda untuk kali yang berikutnya. Tambahan pula sekiranya anda membina blog berkaitan produk dan barangan untuk dipromosikan anda pasti mahukan pelawat sentiasa datang ke laman web/blog anda setiap hari. Elakkan penggunaan nama yang pelik kerana nama yang tidak memberi apa-apa erti menyukarkan laman web anda untuk dikenali atau dilawati. Kecuali sekiranya anda telah mempunyai bisnes yang telah berkembang maju dan popular yang mana rata-rata ramai telah mengetahui dan mendengar tentang jenama atau perniagaan anda.

Penggunaan 'hyphen'.
Kebanyakkan blogger atau webmaster hanya akan menggunakan (-)'hyphen' apabila domain yang mereka ingini telah dimiliki oleh orang lain. Salah satu cara untuk mereka yang masih mahu menginginkan nama domain tersebut ialah dengan menambahkan 'hyphen' diantara perkataan untuk domain tersebut. Keburukkan menggunakan hyphen ialah pelawat akan mudah lupa untuk menaip (-) semasa mencari laman anda dan apabila seseorang mengesyorkan laman anda kepada teman-teman yang lain, penggunaan hyphen sering ditinggalkan. contohnya, anda baru setup satu laman web/blog iaitu "nama-domain-yang-baik.com" dan anda memberitahu teman atau rakan anda supaya melawati blog anda tersebut tetapi rakan anda melakukan carian dengan menaip "namadomainyangbaik.com" maka secara percuma anda mempromosi laman web orang lain kepada rakan anda.

dot.com, dot.net, dot.org, dot.info?
Pada saya dot.com adalah lebih baik. kenapa? sebab, umum lebih mengingati dot.com. Pelawat lebih cenderung mengingati dot.com. Sebut sahaja mengenai laman web, hanya dot.com yang bermain difikiran mereka. Sekiranya anda tidak pentingkan trafik atau penjenamaan untuk perniagaan atau laman web anda, maka saya syorkan anda pilihlah mana-mana yang anda suka. Domain regional atau cc-TLD (country-code Top-Level Domain), seperti .my (Malaysia), .id (Indonesia), .sg (Singapura) juga sesuai sekiranya perniagaan anda lebih spesifik kepada sesebuah negara. Ianya memberi manfaat kepada pelawat untuk mengetahui dengan lebih mudah dimana perniagaan atau servis anda dijalankan.

Jenis-jenis domain.
gTLD – Generic Top-Level Domains.
Domain yang sering digunakan dan paling popular seperti .com, .net, .org, .biz, .info, dan lain-lain.

ccTLD – Country Code Top-Level Domains.
Domain yang diwujudkan spesifik kepada sesebuah negara. contoh, .my (Malaysia), .id (Indonesia), .sg (Singapura). Ada negara yang hanya membenarkan pendaftaran domain ini hanya kepada kerakyatan negara tersebut sahaja.

sTLD – Sponsored Top-Level Domains.
Domain ini dikawal oleh agensi tertentu. Seperti .museum dikawal oleh Museum Domain Management Association.



Teknik mudah melakukan carian di Google

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

Carian di Google akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu serba sedikit mengenai teknik dan tips semasa anda melakukan carian. Berikut adalah senarai beberapa tips yang dapat membantu dan memudahkan anda didalam melakukan carian di google.

1) Melakukan carian untuk keywords yang dikehendaki mengikut turutan ayat. Tambahkan (") diawalan dan akhiran keywords anda.
contoh: "How to make money from home"

google akan memberikan anda senarai berpandukan keyword yang diminta serta mengikut turutan ayat yang ditaipkan. Berbeza dengan carian biasa iaitu tanpa ("), dimana senarai yang diberikan adalah tidak teratur mengikut keyword yang ditaipkan. Sila lihat pada keyword yang di'bold'kan pada hasil carian.

2) Anda juga boleh melakukan carian dengan meminta google supaya tidak menyenaraikan perkataan yang anda tidak inginkan. Ini boleh dilakukan dengan menambah (-)minus pada perkataan tersebut. Contohnya anda ingin mencari ebooks tetapi anda tidak mahukan pihak google memberikan senarai free ebooks dihasil carian.
contoh: ebooks -free


3) Mengetahui masa di sesuatu tempat.
masukkan perkataan time diikuti dengan nama bandar atau tempat.
contoh: time kuala lumpur


4) Mencari makna sesuatu perkataan.
pada carian google taipkan define: perkataan yang dicari
contoh: define: rambutan

5) Mengetahui keadaan cuaca sesuatu tempat
tambahkan perkataan weather sebelum nama bandar atau tempat.
contoh: weather London

6) Kalkulator atau pengiraan matematik
taipkan sahaja pengiraan yang anda inginkan pada ruang carian google.
contoh: 5*3

7) Penukaran unit atau converter
contoh: 30cm in inches
            kg in pound
            kilobyte in byte
            USD in Euro

8) Jika anda inginkan pihak google memberikan hasil carian hanya kepada satu laman web/blog.
contoh: site:buatduitdarirumah.com

9) Carian untuk jenis fail seperti .ppt, .pdf atau apa saja jenis file yang lain.
contoh: roof trusses.pdf

10) Anda juga boleh melakukan carian untuk perkataan yang mempunyai sama makna. Seperti anda ingin mencari "photoshop tutorial" dan anda juga ingin mencari "photoshop guide", "photoshop reference" atau "photoshop manual" dicarian. Google boleh memudahkan carian anda dengan menambah (~) sebelum keyword tersebut.

contoh: photoshop ~tutorial

Dengan menambahkan (~) google akan terus memaparkan juga hasil carian untuk keywords guide, reference dan manual.