Teknik Buat Duit Online

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

Terdapat pelbagai jenis program menjana pendapatan untuk anda ceburi di internet. Maksud Saya disini ialah perniagaan internet yang sebenar. Ramai yang masih tercari-cari apakah cara untuk buat duit di internet yang sebenar. Anda boleh memilih program atau jenis perniagaan online mana yang anda ingin sertai samada dari dalam mahupun luar negara. Pilihlah pasaran mana yang anda mahu. Pilihan ditangan anda. Walaupun dengan sedikit pengetahuan tetapi dengan kesungguhan yang tinggi anda pasti dapat menjana pendapatan.

Ramai yang telah berjaya menjana pendapatan secara online. Ada yang menjual produk fizikal di eBay, ada yang mencipta produk digital seperti bahan bacaan, informasi dan software dan menjual secara direct download. ada juga yang mempromosi produk orang lain dan mendapat komisyen sebagai affiliate. Untuk lebih memudahkan anda memahami jenis serta program-program buat duit online, disini saya senaraikan jenis dan program tersebut mengikut kategori.

1. Buat duit dengan pengiklanan (pay per click program).
Pengiklanan adalah satu bidang yang begitu luas di internet. Dengan pengiklanan juga sebenarnya anda mampu menjana pendapatan tanpa perlu menjual sebarang produk di internet. Syarat yang paling utama ialah anda hanya perlu ada laman blog atau laman web sendiri. Google adsense adalah salah satu kaedah yang popular digunakan oleh blogger mahupun webmaster untuk menjana pendapatan dari laman masing-masing. Saya cadangkan anda join program google adsense ini. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang adsense, sila baca artikel saya bertajuk "buat duit dengan adsense"). Anda akan dibayar untuk setiap klik yang dilakukan keatas iklan-iklan di laman web atau blog anda. Dapatkan trafik atau pengunjung adalah kunci utama anda untuk berjaya didalam kaedah buat duit ini. Pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah mendaftar dengan pihak penyedia iklan tersebut. Pendaftaran adalah percuma. Antara yang popular adalah:


2. Buat duit dengan memberi perkhidmatan/freelance.
Sekiranya anda mempunyai kebolehan didalam sesuatu bidang baik penulisan, programming, translator, web designer, illustrator, dan sebagainya kaedah buat duit freelance adalah jalan yang terbaik. Anda akan dibayar untuk setiap servis atau perkhidmatan yang anda berikan. Anda tidak perlu bersusah payah berjumpa dengan pelanggan anda. Semuanya hanya dilakukan di komputer anda sendiri. Langkah pertama yang harus anda lakukan ialah memilih bidang kebolehan dan kemahiran yang ada pada anda. Anda juga boleh boleh memilih bidang kemahiran lain sekiranya anda berminat. Ramai juga freelancer diluar sana yang memilih melakukan pelbagai bidang kerja. Anda tidak perlu risau kerana segala urusan adalah secara online dan yang paling penting semua client anda datang dari segenap pelusuk dunia. Tidak hanya terhad didalam negara sahaja. Anda memberikan servis anda hanya dari rumah tanpa perlu kemana-mana. Anda boleh join laman web penyedia freelance dan dapatkan terus pelanggan anda disana. Elance.com adalah laman pilihan kepada mereka yang terbabit didalam kaedah buat duit ini. Terdapat pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan oleh elance.com kepada freelancer yang berminat. Berikut adalah antara laman yang boleh anda lawati sekiranya anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang kaedah freelance ini.

  • Elance.com
  • Rentacoder.com
  • Designoutpost.com
  • Logoworks.com

3. Buat duit dengan promosi affiliate.
Ramai yang telah berjaya dengan kaedah buat duit ini. Apa yang menariknya ialah, anda tidak perlu mempunyai atau mencipta sebarang produk untuk dijual. Ianya melibatkan anda mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain di internet. Tugas anda hanyalah memberi sedikit review atau ulasan dan menghantar bakal pembeli ke laman web produk tersebut. Pastikan pengunjung dilaman web/blog anda klik pada link affiliate anda dan kemudian akan dibawa ke laman web pengeluar produk atau perkhidmatan tersebut. Anda akan dibayar komisen sekiranya pengunjung yang datang melalui link tersebut melakukan belian. Clickbank dan Amazon merupakan lubuk emas kepada anda yang ingin menyertai program affiliate ini.
(Bacaan selanjutnya disini.)

4. Buat duit dengan domain.
Menjual nama domain adalah satu lagi cara untuk anda menjana pendapatan di internet. Bisnes ini memerlukan anda membeli nama domain dan jualnya kembali pada orang lain. Percayakah anda domain cellphones.com telah dijual pada harga USD$4.2 juta dan yang menarik ialah pemilik asalnya hanya mengeluarkan modal sebanyak USD$90 untuk mendapatkan domain tersebut. Begitu juga yang terkini photo.com dan flying.com yang berjaya dijual pada harga USD$1.2 juta. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah membeli nama domain samada di godaddy.com atau namecheap.com. Kos untuk membeli satu nama domain '.com' kebiasaannya adalah lebih kurang Rm30 setahun. Kemudian anda bolehlah senaraikan nama domain tersebut pada di domain marketplace samada di penyelia domain anda mahupun yang lain seperti sedo.com untuk dijual samada secara harga tetap ataupun auction. Pemilihan nama domain yang baik dan mengikut carian keyword yang tinggi adalah perlu. Oleh kerana telah banyak nama domain terbaik dimiliki dan telah pun dijual adalah sukar untuk anda memonopoli kaedah buat duit ini.

'Domain Parking' adalah satu kaedah yang digunakan oleh pemilik-pemilik domain untuk menjana pendapatan sampingan. Caranya ialah anda mengizinkan pihak 'parking company' untuk menunjukkan iklan mereka pada domain anda. Laman web parked domain kebiasaannya hanya mempunyai satu page. Pihak'parking company' telah pun mengikat kontrak dengan google atau yahoo untuk mengunakan feed iklan mereka. Apabila pelawat ke domain anda klik pada iklan dan pihak 'parking company' akan berkongsi keuntungan yang diperolehi daripada google atau yahoo dengan anda.

Bagaimana anda hendak berdaftar dengan pihak 'parking company' ini?
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah membeli nama domain dan kemudian mendaftar dengan pihak 'parking domain'. Pihak 'parking domain' akan memberitahu anda bagaimana untuk menggunakan servis mereka setelah anda mendaftar nanti. Kebiasaannya anda diminta untuk menukar name server anda. Mereka juga akan memberikan anda pilihan memilih keyword untuk iklan yang akan dipaparkan pada domain anda kelak.

Senarai 'Parking Company' yang popular:

  • Parked.com
  • Trafficz.com
  • Hitfarm.com
  • Sedo.com
  • Namedrive.com
  • Fabulous.com
  • Domainsponsor.com
  • Domainspa.com
  • Whypark.com
  • Godady.com

5. Buat duit dengan menjual laman web (website flipping).
Kaedah ini ialah dimana anda membina atau membeli laman web/blog dan kemudian melakukan pengubahsuaian serta kemudiannya menjual kembali dipasaran pada harga yang ditentukan oleh anda. Pengubahsuaian yang dimaksudkan meliputi aspek seo dan backlink bagi meningkatkan trafik dan statistik laman web/blog tersebut. Kaedah buat duit ini hanya sesuai apabila anda telah memahirkan diri tentang bagaimana membina blog atau laman sendiri serta faham bagaimana cara untuk meningkatkan populariti serta trafik ke laman web/blog anda. Anda memerlukan sedikit modal dimana anda perlu membeli domain dan hosting ataupun membeli laman web/blog lain. Ia juga akan mengambil sedikit masa oleh kerana anda perlu melakukan pengubahsuaian pada laman web/blog tersebut.

Berikut adalah tempat dimana anda boleh menjual laman web/blog anda secara online:

  • Flippa.com
  • eBay.com
  • Sitepoint
  • Searchengineforums
  • Businessbroker
  • Buysellwebsite

6. Buat duit dengan menjual produk sendiri.
Ini merupakan kaedah klasik yang sering digunakan oleh orang lain di internet. Kebanyakkan produk yang dijual berbentuk e-book atau produk digital. Anda juga boleh menjual produk fizikal sekiranya anda mempunyai masa untuk melakukan proses penghantaran kepada pembeli. Adalah lebih mudah sekiranya anda menjual produk digital kerana penghantaran hanya melalui email (fast and swift). Anda hanya perlu setup mini site page dan sistem autoresponder untuk penghantaran produk anda. Anda juga boleh menulis tentang sesuatu perkara mengikut bidang kebolehan serta kemahiran anda dan jual di internet dalam bentuk E-book (pdf file). Begitu juga dengan designer, anda boleh mencipta templates ataupun image ataupun logo dan jual kepada pembeli secara digital product. Photographer juga tidak terkecuali boleh menjual gambar atau photo masing-masing kepada pembeli dengan hanya penghantaran melalui email.

Untuk produk fizikal, eBay atau auction site adalah cara termudah dan cepat. Dengan eBay, anda tidak perlu memiliki laman web atau blog sendiri untuk menjana pendapatan. Pastikan page jualan anda di eBay mempunyai info yang tepat tentang produk jualan anda. Kualiti dan reaksi yang positif ketika berurusan dengan pembeli adalah penting. Ianya bagus untuk meningkatkan rating anda dan meningkatkan kepercayaan pembeli untuk terus berurusan dengan anda. Fakta yang menarik tentang eBay ialah trafik datang kepada anda. Anda tidak perlu risau tentang promosi.

Untuk pengetahuan, anda juga boleh melakukan jualan di eBay tanpa perlu memiliki produk ataupun melakukan penghantaran produk tersebut kepada pembeli. Satu rahsia yang ingin saya kongsikan disini adalah dengan menggunakan 'dropshipper' dimana anda mengunakan pihak ketiga untuk menyediakan produk dan melakukan penghantaran bagi pihak anda. Antara dropshipper yang boleh anda gunakan adalah:

  • Artsnow.com
  • Cafepress.com
  • Zazzle.com