Bagaimana menggunakan Google Adwords

Posted Posted by Anazoth in Comments 1 ulasan

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda tentang google adwords. Untuk makluman anda, salah satu punca pendapatan utama google ialah melalui program adwords. Adwords merupakan servis pengiklanan yang berkonsepkan "Pay Per Click". Berlawanan dengan google adsense, Google adwords ialah dimana pihak pengiklan ataupun anda akan membayar pihak google untuk iklan/laman web anda dipaparkan pada enjin carian google. Pihak google hanya akan mengenakan bayaran sekiranya iklan/kempen anda di klik oleh pelawat. Iklan/kempen anda akan dipaparkan oleh google pada "sponsored links" iaitu pada sebelah kanan dimuka depan google bergantung kepada keyword yang anda gunakan. Selain dari itu, Iklan anda juga akan dipaparkan pada laman web atau blog lain yang telah mendaftar dengan adsense.

Kadar bayaran yang dikenakan oleh google adalah berbeza bergantung kepada keyword yang digunakan oleh anda/pengiklan. Anda tidak perlu risau tentang kadar bayaran kerana, adwords memberi anda pilihan untuk menetapkan budjet harian anda. Anda yang menentukan berapa budjet yang akan atau sanggup anda keluarkan. Contohnya, anda boleh menetapkan budjet Rm20 untuk kempen iklan tersebut dipaparkan sehari ataupun seminggu bergantung kepada anda. Jadi, pihak google hanya akan menelan duit anda setakat budjet yang anda setkan pada akaun adwords anda kelak. Anda boleh menetapkan budjet yang berbeza sekiranya iklan anda lebih dari satu. Bagi mereka yang baru atau pertama kali mendaftar dengan akaun Adwords, anda hanya akan dikenakan USD5 iaitu yuran pengaktifan (one-time activation fee).

Kelebihan pada program google adwords ini ialah anda boleh mendapatkan trafik atau pelawat dengan pantas. Anda juga boleh menentukan negara untuk iklan anda dipaparkan contoh sekiranya anda ingin mempromosikan sesuatu produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di United States, maka anda boleh setkan pada akaun adwords anda supaya iklan tersebut hanya dipaparkan oleh google hanya di US sahaja. Tidak seperti di organik listing dimana anda perlukan kemahiran mengenai SEO untuk mencecah page depan google malahan dan juga perlukan masa dan teknik yang betul bagi memastikan laman web anda berada pada senarai hadapan di carian google. Dengan adwords, Iklan atau laman web anda terus akan dipaparkan pada muka depan google. Harus di ingat, tidak semuanya akan dipaparkan dimuka depan google sekiranya persaingan untuk keyword yang digunakan adalah tinggi, kemungkinan juga iklan anda berada di muka 2 atau selanjutnya. Sekiranya ini berlaku, anda perlu menaikkan kadar harga bagi setiap klik untuk iklan anda tersebut.

Pihak google juga menilai iklan anda berdasarkan "quality score". Faktor utama untuk mendapatkan "quality score" yang baik ialah "click through rate" ataupun "click through ratio". "click to rate" bermaksud jumlah klik yang dilakukan oleh pelawat untuk setiap jumlah paparan (page impressions) bagi iklan tersebut. Contohnya, iklan anda dipaparkan 1000 kali dan menerima 200 klik dari pelawat maka nilai "click through rate" adalah 20%. Click through rate yang tinggi akan memberi kelebihan kepada iklan anda dari segi kedudukan dan harga. Landing page anda juga harus relevan dengan iklan anda. Google akan menyukai iklan anda sekiranya ianya mempunyai landing page yang relevan. Sekiranya semua faktor yang disebutkan tadi diambil kira dengan baik, "quality score" untuk iklan anda akan meningkat dan kos untuk iklan anda akan menurun.

Program google adwords adalah salah satu alternatif untuk mendapatkan trafik dengan pantas ke blog atau laman web anda. Ianya merupakan salah satu kaedah bagi meningkatkan jualan affiliate bagi sesuatu produk yang ingin anda promosikan. Ramai yang berjaya melakukan jualan dengan kaedah adwords ini. Oleh kerana ianya melibatkan modal saya nasihatkan anda supaya melakukannya dengan budjet yang rendah dahulu. Sekiranya hasil  amat memberansangkan anda bolehlah menaikkan budjet anda kelak. Untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Google Adwords ini anda bolehlah ke laman Adwords Beginner's Guide yang disediakan oleh pihak google.


Panduan dan teknik asas SEO

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

Kepada mereka yang masih baru didalam online bisnes pasti tercari-cari kaedah dan teknik SEO yang baik bagi laman web mereka. Search Engine Optimization atau SEO amat penting untuk laman web anda. Penyelarasan SEO yang baik akan meningkatkan populariti dan trafik ke sesebuah laman web. Ia juga akan memudahkan crawler untuk mengindex isi kandungan dan artikel dilaman web anda dengan lebih berkesan. Kaedah dan teknik didalam melakukan SEO juga perlukan sedikit masa dan kesabaran untuk dipelajari dan dipraktikkan. Bermula dari pemilihan tajuk artikel, penggunaan meta tag, menyusun struktur url laman web anda hinggalah kepada kualiti artikel anda segalanya perlu diselaras dengan baik. Kepada yang telah mahir pasti ianya adalah sesuatu yang mudah dan tidak memeningkan kepala. Bagi yang baru pasti tercari-cari panduan ataupun teknik asas untuk melakukannya pada laman web masing-masing.

Kepada newbie saya cadangkan anda dapatkan "Search Engine Starter Guide" yang dikeluarkan oleh pihak google. Panduan ini bagus buat anda yang baru untuk memahami serta menyelaras laman web anda dengan kaedah-kaedah asas SEO. Anda boleh mengikuti panduan dan teknik asas yang diberikan untuk meningkatkan ranking laman web anda di carian google. dapatkan Search Engine Starter Guide sekarang.


Buat duit dengan Clickbank

Posted Posted by Anazoth in Comments 10 ulasan

Clickbank merupakan marketplace yang popular untuk anda menjual atau membeli produk digital seperti ebook atau software. Terdapat beribu-ribu produk yang dapat anda perolehi melalui clickbank. Apa yang menarik, produk-produk digital tersebut dibahagi kedalam beberapa kategori fokus untuk memudahkan anda mencari produk yang anda ingini.



Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah bagaimana anda menggunakan clickbank ini untuk menjana pendapatan. Untuk pengetahuan anda, clickbank merupakan lubuk emas kepada online marketer mahupun blogger diserata dunia. Dengan clickbank, anda tidak perlu bersusah payah mencipta produk sendiri. Anda hanya promosikan saja link produk di clickbank ini dan perolehi komisyen untuk setiap jualan yang dihasilkan. Dan yang paling menarik ialah, komisyen yang anda dapat melebihi hasil yang diterima oleh vendor/pencipta produk itu sendiri. Bayangkanlah rata-rata komisyen yang dibayar adalah 50% hingga 75% untuk setiap produk. Sekiranya produk tersebut berharga $100 dan komisyen adalah 75% maka anda akan menerima $75 dan pemilik produk tersebut menerima $25. Cukup menarik bukan?..

Sebelum anda mengunakan clickbank, anda perlu mendaftar dahulu akaun clickbank anda. Suatu ketika dulu clickbank tidak membuka keahlian kepada rakyat malaysia tetapi perubahan berlaku pada tahun 2008 dimana keahlian kepada rakyat malaysia diterima kembali. Seingat saya, Semasa saya mula-mula mengenali clickbank dahulu, saya terpaksa membeli e-book "chapter-M" dari Gobala Krishnan untuk mempelajari teknik bagaimana hendak mendaftar dengan clickbank untuk rakyat malaysia. Amat sukar sekali ketika itu. Sekarang, setelah pendaftaran kepada rakyat malaysia dibuka, anda sudah senang-senang boleh mendaftarkan dengan clickbank. Untuk mendaftar sebagai Affiliates tiada yuran dikenakan. Ianya adalah percuma.

Gunakan clickbank sebagai tempat untuk anda mencari produk dan menjana pendapatan dengan mempromosi produk tersebut di laman web atau blog anda. Maksud saya disini ialah anda menjadi affiliate kepada produk tersebut. Sekiranya anda belum memahami apa itu affiliate sila baca artikel saya bertajuk "apa itu program affiliate".

ok, berbalik kepada clickbank. Seperti yang saya ceritakan diawal tadi, anda perlu mendaftar dahulu untuk mengunakan clickbank. Terdapat 2 jenis kaedah pendaftaran iaitu sebagai Affiliates ataupun vendors. Untuk anda yang hanya mahu mempromosikan produk daftarlah sebagai affiliates. Pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma. Vendors adalah untuk mereka yang mempunyai produk sendiri dan ingin memasarkannya melalui clickbank. Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak usd $49.95 untuk mengaktifkan akaun.



Setelah anda mendaftar sebagai affiliate dengan clickbank, anda boleh lah login ke akaun anda dan pergi ke bahagian "marketplace" untuk mencari produk yang ingin anda promosi. Terdapat berbagai kategori produk yang disediakan. Pilihlah kategori produk yang anda ingini. Bagi memudahkan anda, sila kebahagian "help center" yang disediakan untuk mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Disini anda akan diterangkan bagaimana untuk mencari produk hinggalah kepada bagaimana anda mendapatkan link produk tersebut.

Jangan berlengah lagi. Daftar segera akaun clickbank anda dan jana pendapatan.
Sila ke http://www.clickbank.com/ untuk mendaftar akaun anda sekarang.