Carian di Google akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu serba sedikit mengenai teknik dan tips semasa anda melakukan carian. Berikut adalah senarai beberapa tips yang dapat membantu dan memudahkan anda didalam melakukan carian di google.
1) Melakukan carian untuk keywords yang dikehendaki mengikut turutan ayat. Tambahkan (") diawalan dan akhiran keywords anda.
contoh: "How to make money from home"

2) Anda juga boleh melakukan carian dengan meminta google supaya tidak menyenaraikan perkataan yang anda tidak inginkan. Ini boleh dilakukan dengan menambah (-)minus pada perkataan tersebut. Contohnya anda ingin mencari ebooks tetapi anda tidak mahukan pihak google memberikan senarai free ebooks dihasil carian.
contoh: ebooks -free
3) Mengetahui masa di sesuatu tempat.
masukkan perkataan time diikuti dengan nama bandar atau tempat.
masukkan perkataan time diikuti dengan nama bandar atau tempat.
contoh: time kuala lumpur
4) Mencari makna sesuatu perkataan.
pada carian google taipkan define: perkataan yang dicari
pada carian google taipkan define: perkataan yang dicari
contoh: define: rambutan
5) Mengetahui keadaan cuaca sesuatu tempat
tambahkan perkataan weather sebelum nama bandar atau tempat.
contoh: weather London
contoh: weather London
6) Kalkulator atau pengiraan matematik
taipkan sahaja pengiraan yang anda inginkan pada ruang carian google.
contoh: 5*3
7) Penukaran unit atau converter
contoh: 30cm in inches
kg in pound
kilobyte in byte
8) Jika anda inginkan pihak google memberikan hasil carian hanya kepada satu laman web/blog.
contoh: site:buatduitdarirumah.com
9) Carian untuk jenis fail seperti .ppt, .pdf atau apa saja jenis file yang lain.
contoh: roof trusses.pdf
10) Anda juga boleh melakukan carian untuk perkataan yang mempunyai sama makna. Seperti anda ingin mencari "photoshop tutorial" dan anda juga ingin mencari "photoshop guide", "photoshop reference" atau "photoshop manual" dicarian. Google boleh memudahkan carian anda dengan menambah (~) sebelum keyword tersebut.
contoh: photoshop ~tutorial
Dengan menambahkan (~) google akan terus memaparkan juga hasil carian untuk keywords guide, reference dan manual.
0 ulasan:
Catat Ulasan