Cara menguruskan kata laluan dan daftar masuk dengan lebih mudah

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

Setiap kali anda ingin login kemana-mana akaun email anda, forum mahupun akaun affiliate, cpanel ataupun laman social seperti facebook, myspace, tagged dan lain-lain, anda pasti akan diminta untuk memasukkan maklumat 'username' dan 'password' terlebih dahulu. Bayangkanlah sekiranya anda mempunyai pelbagai akaun email ataupun berpuluh laman social dan forum. Saya pasti anda akan sukar untuk mengingati setiap maklumat daftar masuk bagi 'username' dan 'password' anda sekira ianya berbeza-beza bagi setiap akaun tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini, saya sarankan anda menggunakan alat pengurusan kata laluan seperti RoboForm. RoboForm ialah cara yang paling mudah untuk anda menguruskan kesemua maklumat daftar masuk dan anda tidak perlu menghafal semua kata laluan tersebut.

Setiap akaun yang didaftar akan disimpan oleh RoboForm dengan kemas dan teratur didalam folder dan anda hanya perlu klik nama akaun yang ingin anda login manakala secara automatik roboform akan memasukkan username dan password untuk akaun tersebut untuk anda tanpa perlu anda menghafal kata laluan tersebut.

Untuk tujuan keselamatan, anda boleh menetapkan 'kata laluan utama' dimana anda hanya perlu memasukkan password login utama anda untuk kesemua akaun daftar masuk tersebut. Anda hanya perlu login sekali sahaja menggunakan 'kata laluan utama' ini iaitu setiap kali anda mula menggunakan pc anda. Ini dapat menghalang individu lain yang menggunakan pc anda dari menggunakan akaun yang disimpan di RoboForm.

Anda boleh dapatkan RoboForm di sini: http://www.roboform.com/
Sekian....selamat mencuba.



0 ulasan:

Catat Ulasan