Langkah-langkah membina blog yang menjana pendapatan

Posted Posted by Anazoth in Comments 2 ulasan

Pengenalan.

Membina blog adalah mudah sekiranya anda menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogspot, wordpress, joomla dan sebagainya. Kepada anda yang masih belum mengetahui bagaimana untuk membina blog percuma ini, anda tidak perlu risau kerana kiranya anda tahu setup akaun Facebook, maka saya percaya anda mampu membina blog percuma ini senang-senang saja. Anda boleh tulis apa saja topik pada laman blog dan berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca lain.
Persoalaannya disini, Bagaimana anda membina blog yang dapat menjana duit atau pendapatan. Anda memang boleh menulis apa saja pada blog tetapi untuk membina blog yang dapat menjana pendapatan anda perlukan sedikit kajian tentang pemilihan topik. Pembaca gemarkan blog yang berinfomasi. Memang anda boleh menulis mengenai diri dan aktiviti harian anda pada blog tetapi perlu difahami bahawa hanya rakan ataupun peminat anda sahaja yang akan membacanya tidak pada mereka yang lain. Anda perlu sasarkan trafik yang lain juga ke blog anda. Anda juga perlukan pengunjung atau peminat yang baru ke blog anda setiap hari kerana syarat untuk membina blog yang dapat menjana pendapatan anda perlukan ramai pengunjung atau trafik yang datang ke blog anda. Pengunjung sukakan blog yang dapat memberi mereka informasi dan dapat memberikan jawapan kepada persoalan mereka.

Langkah-langkah yang perlu untuk membina blog yang dapat menjana pendapatan.

1)Pemilihan topik yang betul dan popular dicarian (niche topics).
Sebelum membina blog, luangkan sedikit masa untuk memilih topik yang ingin ditulis di blog anda. Pastikan topik tersebut popular dicarian dan menarik minat anda untuk menulis. Adalah satu kelebihan sekiranya topik yang dipilih adalah sesuatu yang anda minati dengan itu anda dapat menulis artikel yang 'fresh' dan unik setiap kali anda melakukan posting. Anda juga perlu membuat sedikit analisa tentang permintaan sesuatu niche topik dipasaran. Bagaimana untuk mengetahui dan menganalisa topik yang popular dicarian? lihat langkah 2...

2)Katakunci popular (Keyword popularity).
Topik yang popular adalah topik yang sentiasa dicari oleh pelawat di carian. Setiap topik ini bergantung kepada katakunci atau 'keyword' yang ditaip oleh pelawat di butang 'search' pada web browser tidak kiralah di Google ataupun Yahoo. Saya ambil contoh disini sekiranya seseorang yang ingin belajar membina laman web, pasti katakunci atau cariannya adalah "web design" atau "how to build website". Jadi bagaimana nak mengetahui samada katakunci itu popular atau tidak? Populariti sesebuah keyword bergantung kepada jumlah cariannya di enjin carian. Untuk mengetahuinya, anda boleh pergi ke keyword tool yang disediakan oleh google ataupun wordtracker untuk mendapatkan jumlah carian sesuatu keyword. Tool ini dapat membantu anda menentukan populariti keyword yang anda pilih.

3)Persaingan kepada keyword yang dipilih.
Setelah anda mengetahui keyword mana yang mempunyai carian yang tinggi, anda perlulah memeriksa pula saingan kepada keyword tersebut. Saingan disini bermaksud jumlah blog atau laman web lain yang telah menggunakan keyword tersebut. Perlu diingat semakin banyak laman web semakin tinggi persaingannya. Semua laman web tersebut berlumba untuk ke page depan google ataupun yahoo. Adalah sukar dan mengambil masa untuk anda bersaing dengan laman web yang lain sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran menyeluruh didalam SEO (search engine optimization) dan kebanyakkan laman web utama yang lain mengeluarkan jutaan ringgit hanya untuk proses SEO laman masing-masing. Nasihat saya, carilah keyword yang mempunyai 2juta pages kebawah. Didalam keyword tool juga ada ditunjukkan gambaran jumlah persaing untuk sesuatu keyword. Anda tidak boleh mengetahui bilangan tetapi google hanya hanya memberi gambaran berbentuk graf berwarna hijau. Semakin penuh warnanya maka makin banyak pengguna untuk keyword tersebut.

4)Nama domain.
Ramai yang tidak mengambil serius didalam pemilihan nama domain. Pemilihan nama domain yang baik merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan ranking sesuatu blog atau laman web. Domain yang baik adalah domain yang menggunakan keseluruhan atau sebahagian keyword anda. Pastikan nama domain sama atau seakan sama dengan keyword yang anda pilih. Untuk makluman anda, boleh dikatakan semua nama domain yang pendek dan ringkas telah habis dibeli. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan melakukan sedikit perubahan pada nama domain yang anda pilih tersebut. Contohnya, niche topik yang anda pilih ialah 'weight loss' dan anda pasti inginkan nama domain "weightloss.com" tetapi nama tersebut telah dimiliki oleh orang lain. Jadi disini apa yang perlu anda buat adalah dengan menambah hyphen "-" pada keyword utama anda seperti "weightloss-tips.com". Setelah nama domain dipilih anda bolehlah terus membina blog anda.

5) SEO (search engine optimization).
SEO adalah kunci utama untuk meningkatkan ranking dan populariti blog anda. Proses SEO ialah dimana anda melakukan pengubahsuaian dan optimasi pada script blog anda dan juga jaringan link antara blog anda dengan laman lain. Anda perlu sedikit sebanyak mempelajari kemahiran SEO ini. Jangan risau, banyak tips SEO yang anda boleh pelajari di internet. Luangkan sedikit masa anda mempelajari dan memahirkan diri dalam pengetahuan SEO ini. SEO meliputi struktur dalaman dan luaran blog anda termasuk kualiti link dari laman web lain ke blog anda. Struktur dalaman seperti skrip html laman anda hendaklah betul dan meta tag untuk blog anda juga diseragamkan mengikut keyword yang anda pilih. Ada 2 perkara yang anda perlu tahu mengenai SEO:

i) on-page optimization - Setting atau perubahan yang dilakukan didalam blog anda.
ii) off-page optimization - Merangkumi teknik dan kualiti backlink diluar blog anda.


6) Artikel yang berkualiti dan unik.
Setelah anda membina blog pastilah anda ingin memasukkan artikel didalam blog tersebut. Pastikan artikel anda menepati keyword yang anda pilih. Janganlah pula keyword anda mengenai 'diet' tetapi artikel anda mengenai kereta. Anda harus ingat, anda inginkan blog yang menjana pendapatan jadi janganlah mengelirukan pengunjung ke blog anda dengan artikel yang tidak berkenaan. Anda harus membina kredibiliti atau kepercayaan pelawat ke blog anda. Google amat menyukai artikel yang segar dan unik dan dapat memberi info berguna kepada pembaca. Bila google suka pasti sedikit sebanyak akan meningkatkan ranking blog anda di enjin carian. Ini bermakna anda akan mendapat lebih banyak trafik/atau pengunjung dari organik listing google.

7)Penyelarasan.
Sekarang anda sudah ada blog sendiri. Anda hendaklah menyelaras blog anda dengan memasukkan sumber-sumber yang akan memberi pendapatan kepada anda. Sumber yang dimaksudkan disini meliputi pengiklanan dan promosi sesuatu produk. Terdapat berbagai cara dan teknik yang dapat anda lakukan untuk menjana pendapatan dari blog anda (untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca artikel saya bertajuk teknik buat duit online). Satu kaedah yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan ialah dengan menjual produk sendiri diblog. Bagaimana pula kiranya anda tiada produk untuk dijual? Jawapannya, mudah saja...sertailah program affiliate (Sila baca artikel saya bertajuk apa itu affiliate untuk mengetahui lebih lanjut). Contoh pengusaha affiliate yang popular ialah:

Clickbank.com
Commission junction
Amazon.comPayDotCom


Selain dari program affiliate, anda juga boleh menyertai program pengiklanan PPC (pay-per-click) yang ditawarkan oleh pihak google iaitu Adsense (bacaan lanjut mengenai adsense lihat artikel saya "buat duit dengan adsense"). Program ini melibatkan iklan-iklan dari luar dan dimasukkan kedalam laman blog anda. Anda akan dibayar oleh google untuk setiap klik yang dilakukan oleh pengunjung pada iklan tersebut di blog anda. Terdapat juga sumber-sumber pengiklanan yang lain yang boleh anda sertai seperti bidvertiser, Chitika dan Clicksor. Sekiranya blog anda berada pada ranking yang baik dan mempunyai trafik yang agak tinggi anda juga boleh menyertai program yang ditawarkan oleh Adbrite.com. Daftarlah sebagai publisher dan anda akan dibayar untuk iklan yang diletakkan pada page anda oleh adbrite.

Masih banyak lagi teknik menjana wang dari blog yang boleh anda cuba. Antara yang saya tidak sebutkan disini adalah CPA (cost-per-action) iaitu anda akan dibayar sekiranya pengunjung memberikan email atau mendaftar dengan pengiklan tersebut.

Nasihat saya ialah supaya anda cuba mahirkan satu persatu dahulu sebelum mencuba kesemuanya. Selaraskan isi kandungan blog anda dengan betul dan sempurna. Ikuti langkah-langkah yang diceritakan diatas dengan teliti. Saya yakin anda pasti berjaya menjana duit atau pendapatan dari blog tersebut. sekian...

2 ulasan:

amirulcyber berkata...

Komen utk blog tajuk cara buat blog
Terdpt 2 jenis blog yg popular iaitu wpress dan blogspot.kedua2nyer userfriendly dan easy to use kata org putih.org yg tidak mempunyai pengetahuan it pun boleh buat blog.setuju tak?hehehe

peminat movie berkata...

sama - sama tolong...

paling mudah buat duit....hanya klik iklan yang diberi ja...tak payah pening kepala...daftar ja dah dapat duit..masuk dulu kalau tak percaya

( two dollar setiap clik 100% )

http://www.twodollarclick.com/index.php?ref=rohimy

Catat Ulasan