Apa itu Googlebot

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

"Googlebot" atau "crawler" adalah sejenis software yang digunakan oleh pihak google untuk mencari dan menyimpan data bagi setiap file laman web atau blog di internet. Data ini akan di index untuk kegunaan di enjin carian mereka. Cara googlebot ini bergerak dan menyimpan data dari satu page ke satu page adalah dengan mengikut link-link yang ada dari satu laman web ke satu laman web yang lain. Proses yang sama akan diulang dilaman web seterusnya yang dimasuki oleh googlebot ini. Proses ini juga dinamakan "crawling".

Semua laman yang di update atau laman yang baru akan di index oleh googlebot bermula dengan senarai laman yang telah di index sebelum ini. Laman web yang mempunyai ranking yang tinggi akan sentiasa di"crawl" oleh google. Proses "crawling" akan membantu pihak google menentukan kualiti dan ketepatan isi kandungan sesebuah laman mengikut link yang diberi.

Berjuta-juta laman diindex oleh googlebot setiap hari. Laman yang baru dibina hanya akan wujud didalam senarai enjin carian google setelah ianya di index oleh googlebot. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah laman web yang baru, mendapatkan backlink dari laman-laman yang sedia ada ataupun dari laman yang mempunyai rangking (pagerank) yang tinggi di carian. Ini akan memudahkan laman ini dikesan oleh googlebot.

Jadi kepada mereka yang baru pertama kali membina blog atau laman sendiri, pastikan laman anda di index dengan cepat oleh google dengan cara mengumpan googlebot ini masuk ke laman anda dengan cara meletakkan link laman web anda di laman lain (backlink). Ini adalah langkah pertama yang perlu anda lakukan. Selepas itu barulah anda lakukan proses SEO yang lain pada laman web anda dari masa ke semasa.

Bagamana memastikan laman anda diindex dengan cepat oleh google? bacaan seterusnya disini.

0 ulasan:

Catat Ulasan