Setup Vacation Responder pada akaun Gmail

Posted Posted by Anazoth in Comments 0 ulasan

Didalam kesibukkan anda melakukan kerja-kerja harian pasti anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca email di akaun gmail anda setiap hari. Bayangkanlah sekiranya anda sedang bercuti ataupun sedang berada ditempat yang tidak mempunyai access internet selama beberapa hari manakala seseorang menghantar email kepada anda dan memerlukan maklumbalas daripada anda pada kadar segera dan anda pula tidak dapat memberitahu mereka bahawa anda tidak dapat membaca email mereka kerana sedang bercuti ataupun tiada access internet.

Jadi untuk menangani masalah ini, anda boleh mencuba Vacation Responder yang disediakan oleh Gmail. Dengan Vacation Responder, anda dapat memberitahu secara automatik kepada sesiapa yang menghantar email kepada anda bahawa anda tidak dapat membaca mahupun membalas email mereka dalam jangka waktu tertentu. Ianya merupakan salah satu cara bagaimana anda dapat menguruskan akaun gmail dengan baik dan dapat berinteraksi dengan penghantar email anda dikala anda tidak dapat membaca email-email penting dari mereka.

Berikut adalah cara setup Vacation Responder pada Gmail anda

1. Sign in akaun Gmail anda

2. Klik pada Setting (atas kanan paparan Gmail anda)

3. Pergi ke bahagian Vacation responder

4. Klik pada Vacation responder on

5. Masukkan maklumat pada tarikh, Subject, serta mesej.

Masukkan maklumat atau pun maklum balas oleh anda pada bahagian mesej. Pihak google akan menghantar/membalas mesej bagi pihak anda secara automatik setelah seseorang menghantar email kepada anda. Sekian....selamat mencuba.



0 ulasan:

Catat Ulasan