Apa itu program Affiliate

Posted Posted by Anazoth in Comments 1 ulasan

Pengenalan kepada Affiliate.
Dunia perniagaan hari ini sentiasa berubah-berubah dan tahap persaingan juga semakin meningkat. Tidak hairanlah pelbagai produk dan barangan atau perkhidmatan yang baru tercipta atau dihasilkan. Ini termasuklah produk yang berbentuk fizikal mahupun digital. Para pengeluar dan pengiklan berlumba-lumba untuk memperkenalkan produk masing-masing kepada umum untuk mendapatkan jualan kepada pengguna yang disasarkan. Hasilnya pelbagai kaedah promosi yang digunakan melalui agen-agen yang dilantik baik di kaca telivisyen,akhbar-akhbar tempatan, radio mahupun di media cetak malah ada promosi yang dilakukan dari rumah ke rumah. Dapat difahami disini peranan promosi dan juga medium pengantara antara pengiklan kepada pegguna atau pembeli memainkan peranan yang penting didalam kejayaan sesebuah perniagaan tersebut. Jika diamati kaedah-kaedah promosi yang diceritakan tadi walaupun berhasil tetapi masih belum cukup untuk memperkenalkan sesuatu produk itu secara menyeluruh, maksudnya disini ialah, produk atau barangan tersebut hanya dapat disasarkan pada satu-satu tempat atau pembeli dan pengguna hanya terbatas pada suatu tempat,masa dan komuniti sahaja serta kosnya juga adalah tinggi.

Didalam abad ke-21 dan juga keadaan dunia yang semakin canggih ini ramai pengeluar juga pengiklan telah beralih kepada medium internet atau jalur lebar bagi memudahkan urusan promosi atau jualan untuk produk mahupun perkhidmatan mereka. Kaedah online advertising ini didapati begitu berkesan kerana kos dan masa dapat dijimatkan malahan ianya dapat diterima secara menyeluruh 24 jam sehari dan target yang dapat disasarkan pula adalah global (seluruh pelusuk dunia). Cuba anda bayangkan dunia online yang tanpa sempadan berapa jauhkah promosi dan jualan dapat terhasil……fuhhhh…pasti hebatkan..?

Ok..anda tentu tertanya-tanya apa itu Affiliate? Dan apa kaitannya dengan yang diceritakan tadi… bayangkanlah terdapat berjuta-juta laman web yang terdapat di internet sekarang digunakan bagi tujuan promosi sesuatu produk, apakah hasilnya? Walaupun kaedah ini telah dilakukan malah telah ramai pegeluar atau pengiklan yang melakukan promosi melalui laman web mereka sendiri bagi menghasilkan jualan, ianya masih belum cukup untuk melipat gandakan jualan mereka. Ini adalah kerana kehadiran pelawat/traffic ke laman web mereka masih rendah dan untuk mendapatkan jumlah traffic yang tinggi bukannya semudah yang disangka ianya bergantung kepada persaingan, populariti serta ranking sesuatu laman web itu pada search engine. Maka untuk melipat gandakan jualan dan mengsasarkan jualan kepada pembeli yang sebenar, mereka akan melantik pemilik-pemilik laman web atau pun anda sebagai pengguna internet untuk menjadi agen pemasaran atau affiliate dengan erti kata lain sebagai associate kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda juga akan dibayar komisen bagi setiap jualan yang dihasilkan…disini jugalah bermulanya buat duit dari rumah anda.

Sejarah kewujudan Affiliate.
Sejarah sebenar Affiliate telah dimulakan diakhir 90an oleh Amazon.com founder dan CEO Jeff Bezos didalam usaha mereka untuk menarik minat pemilik laman web untuk promosikan pasaran buku-buku di Amazon.com. Konsep ini telah berjaya melonjakkan jualan mereka. Bermula dari sinilah ianya berkembang dan menarik minat pengusaha-pengusaha lain untuk melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Amazon. Program Affiliate adalah dimana pengiklan atau tuan punya produk akan membayar anda sekiranya seseorang pembeli membeli produk mereka melalui website atau link promosi anda dengan erti kata lain keuntungan bagi produk yang dijual akan dikongsi bersama antara anda dan pengeluar …apa yang anda perlu lakukan ialah anda hanya perlu meletakkan affiliate link atau tracking code ataupun banner pengiklan bagi produk tersebut sebagai link didalam laman web anda, lakukan promosi dan sekiranya pembeli meng’klik’kan link tersebut dan melakukan belian, pengiklan akan membayar anda komisen untuk setiap jualan dihasilkan.

Bagaimana anda ingin bermula sebagai Affiliate?
Caranya mudah sekali…untuk menjadi seorang agen Affiliate anda hanya perlu mendaftar dahulu dengan pengiklan atau pengusaha affiliate yang menawarkan program tersebut..kebanyakkannya tiada sebarang kos dikenakan untuk mendaftar sebagai Affiliate. Saya ambil contoh terbaik disini ialah Clickbank.com. Clickbank menawarkan berbagai jenis produk digital yang boleh anda promosi (sila baca artikel saya bertajuk "buat duit dengan clickbank" untuk mengetahui cara mendaftar dengan clickbank). Di Malaysia juga terdapat ramai pengusaha atau pencipta produk yang menawarkan Affiliate program kepada anda….daftarkan sahaja dan lakukan promosi link affiliate anda di blog atau laman web.

Bagaimana Promosi Affiliate dijalankan?
Lakukan promosi dengan menceritakan serba sedikit info mengenai produk yang anda pilih. Promosi boleh dilakukan melalui blog atau laman web, email dan juga melalui forum. Apa yang penting didalam anda melakukan promosi ialah memberi rumusan atau ulasan tentang produk yang dipilih dan cuba meyakinkan pembeli untuk membeli produk tersebut. Anda hanya perlu meletakkan link affiliate pada ulasan/artikel anda atau pun pada banner iklan produk tersebut.

Setelah anda mendaftar dengan vendor atau pengusaha affiliate, anda akan diberikan id affiliate sendiri. Gabungan id affiliate dan produk yang akan anda promosi inilah yang membentuk link affiliate anda nanti. Pihak vendor atau pengusaha affiliate akan memberikan link ini kepada anda untuk setiap produk yang ingin anda promosikan nanti. Link inilah yang berfungsi untuk menghubungkan pembeli tadi terus ke laman jualan pemilik atau pengeluar produk yang sebenar. Sekiranya belian berlaku, laman web pihak pengeluar atau vendor tadi dapat mengesan link promosi anda dan seterusnya anda secara automatik akan dibayar komisen dari mereka. Jangan sesekali menipu atau menceritakan perkara yang berlainan dari kelebihan sebenar sesuatu produk itu. Anda perlu menarik kepercayaan dari pembeli dan ini adalah baik untuk jangka masa panjang dan tidak mustahil untuk mereka kembali ke laman anda dan mencari produk yang lain di kemudian hari. Ingat! lebih banyak trafik yang datang ke blog anda lebih senang anda akan menikmati keuntungan dari affiliate.

Perlu diketahui disini, anda tidak perlu melakukan apa-apa proses penghantaran atau pembungkusan oleh kerana link affiliate akan terus menghantar pembeli ke laman pengeluar, vendor atau tuan punya produk tersebut dan segala proses berikutnya adalah dibawah urusan mereka sendiri. Cukup mudah bukan? Hanya lakukan promosi…bla..bla..bla..dan pembeli klik, juga produk terjual anda dapat duit…tidak perlu susah susah nak uruskan penghantaran produk tersebut pula…cukup senang…buat duit dari rumah…

(kebanyakkan komisen yang dibayar bagi program affiliate ini adalah didalam bentuk US dollars dan komisen bukannya sedikit jadi cuba anda bayangkan keuntungan kita dari segi tukaran asing… telah ramai affiliate agen dari Malaysia yang berjaya menghasilkan ribuan malah puluhan ribu ringgit sebulan hasil dari program ini…anda bila lagi?...)

Dimana nak cari program affiliate?
Terdapat pelbagai pengusaha laman web yang mengumpul pelbagai jenis produk yang boleh kita promosikan melalui affiliate ini…..antara yang popular ialah:

Clickbank.com
Commission junction
Amazon.com
PayDotCom
Linkshare.com

Pergi sahaja ke-laman web diatas dan daftar sebagai ahli seterusnya anda pilihlah ribuan produk yang ditawarkan untuk anda sebagai Affiliate. Pendaftaran adalah percuma. Tiada yuran dikenakan. Anda dinasihatkan supaya memilih program affiliate yang tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. Antara yang program yang paling popular masa kini ialah Clickbank.com. mereka menawarkan komisen yang tinggi sehingga 75% untuk setiap produk yg berjaya dijual. Dahulunya keahlian clickbank ditutup kepada rakyat malaysia tetapi kini ianya telah dibuka kembali dan merupakan satu rahmat kepada kita. Untuk anda, cepatlah mendaftar sebelum ianya ditutup kembali.

Jadikan Affiliate ini sebagai salah satu medium untuk anda buat duit dari rumah. Ianya adalah satu medan untuk anda mencari rezeki yang cukup mudah dan lumayan dengan cepat. Ingat!! langkah pertama adalah penting…usah bertangguh lagi...

1 ulasan:

Viper the frenzguard berkata...

Berjuang dalam hidup seperti mana orang dahulu berjuang demi kemerdekaan.
Berfikirlah dalam hidup seperti mana orang dahulu berfikir bagai mana untuk mengecapi kemerdekaan.
Bersabarlah dalam hidup seperti mana orang dahulu bersabar dan tidak berputus asa mencapai kemerdekaan.
Bertenanglah dalam hidup seperti orang dahulu bertenang ketika di uji pelbagai dugaan dan cabaran mencapai kemerdekaan.

Catat Ulasan