Buat duit dengan Adsense

Posted Posted by Anazoth in Comments 1 ulasan

Apa itu Google Adsense.
Google Adsense adalah salah satu program dimana pihak Google akan membayar komisyen kepada publisher iaitu anda sebagai pemilik website mahupun blog sekiranya iklan dari Advertiser di klik oleh pelawat atau pengunjung di laman web atau blog anda. Contohnya: Anda memiliki sebuah blog atau laman web yang berkaitan dengan sesuatu topic atau keyword yang anda pilih dan didalam laman tersebut anda letakkan iklan dari pihak Google yang juga berkaitan dengan topic serta keyword laman anda maka sekiranya pengunjung laman anda melakukan klik pada iklan tersebut anda akan menerima komisyen dari pihak Google.

Fuyooo..gilanyerrr Google nie….
Pasti itu yang anda semua fikirkan bukan? Kenapa pihak google nak kasi duit kat orang. Orang klik dia bayar duit pulak pada kita?. Apakah pihak google tidak terfikir betapa senang orang akan dapat duit dari urusan ini nanti.

Google sebenarnya bijak.
Nak tahu kenapa?....Sebabnya, Pihak pengiklan mahukan laman web mereka dilawati. Mereka juga mahukan traffic yang tinggi ke laman web mereka bagi mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Mereka juga sanggup membayar google untuk setiap klik pada iklan mereka. Lagi banyak klik lagi menggunung pendapatan google. Bagi memaksimakan promosi dan klik, google menawarkan iklan adsense kepada pemilik laman web atau blog yang lain untuk sama-sama mempromosikan iklan-iklan tersebut dengan itu jumlahnya akan sentiasa berkembang pihak google juga tidak kisah untuk membayar mereka kerana kantung mereka juga semakin berkembang. Ini adalah situasi menang-menang antara 3 pihak iaitu pengiklan, pemilik laman web/blog dan juga Google.

Buat pemahaman anda, pihak Google memperolehi keuntungan melalui sumber pengiklanan secara (pay per click) PPC yang juga dikenali sebagai Google Adword. Adwords yang dimaksudkan disini ialah pihak advertiser atau pengiklan yang mengiklankan produk, perkhidmatan atau perniagaan mereka di enjin carian Google. Iklan daripada Adwords inilah yang akan dipaparkan didalam laman web atau blog anda apabila anda berdaftar untuk program Google Adsense. ( untuk mengetahui lebih lanjut mengenai google adwords sila baca artikel saya bertajuk "bagaimana menggunakan google adwords" )

Apabila seseorang pengunjung melakukan carian di Google, mereka akan menaip kata kunci ataupun ‘Keyword’ pada search browser dan akan dibawa ke muka depan di senarai carian Google. Pada muka pertama ini akan kelihatan laman-laman web atau blog serta Iklan dari Adwords yang berkaitan dengan keyword yang dipilih tadi. Contoh sekiranya seseorang pengunjung berminat tentang penjimatan minyak, maka mereka akan menggunakan keyword “fuel saving” sebagai carian mereka. Google akan memberikan senarai seperti berikut:


Seperti ditunjukkan pada gambar diatas, terdapat 2 jenis senarai yang dipaparkan oleh pihak Google. Pada sebelah kiri dikenali sebagai organic listing dan disebelah kanan pula adalah senarai iklan berbayar atau Adwords. Organic listing adalah senarai laman web percuma yang disusun mengikut ranking 1-10 pada muka pertama Google. Kesemua laman web ini perlu bersaing antara satu sama lain untuk kedudukan teratas di carian Google bagi keyword “fuel saving”. Berbeza dengan Adwords listing (sponsored link), kedudukan mereka ditentukan oleh bidaan yang dibuat iaitu jumlah yang sanggup dibayar oleh mereka kepada Google setelah iklan mereka di klik oleh pengunjung. Lagi tinggi bidaan maka makin atas kedudukan iklan mereka di google untuk keyword “fuel saving”.

Bagaimana pula dengan Adsense? Jika anda perhatikan contoh pada laman Google “fuel saving” di bahagian organic listing, terdapat senarai laman web yang dipaparkan berkenaan dengan keyword tersebut. Di dalam laman-laman inilah iklan Adsense akan terpapar sekiranya pemilik atau publisher tersebut mendaftar dengan Google Adsense. Iklan Adsense yang dipaparkan adalah berlainan dan sentiasa berubah bergantung kepada keyword sesebuah laman web itu sendiri.

Anda telah memahami bahawa untuk program Google Adsense, komisyen akan dibayar oleh pihak Google kepada anda sekiranya iklan Adwords yang terpapar di laman web atau blog anda di klik oleh pengunjung. Untuk membenarkan pihak Google memaparkan iklan-iklan dilaman web atau blog anda, anda terlebih dahulu perlu mendaftar akaun Google Adsense. Pendaftaran adalah percuma. Anda juga tidak semestinya perlu mempunyai laman web sendiri untuk buat duit dengan Google Adsense ini kerana proses untuk pembangunan laman web perlukan modal untuk domain dan hosting.

Cara yang paling mudah, pantas dan percuma adalah dengan membina blog anda sendiri dengan blogger.com ataupun wordpress.com. Sekiranya anda telah pun mempunyai blog atau laman web sendiri dan proses optimasi pada keyword dan meta tag diblog anda telah diselaraskan dengan baik, maka cepatlah mendaftar akaun Adsense dan mulakan buat duit dari rumah anda sekarang. Tidak terhad kepada adsense saja, anda juga boleh menyertai program affiliate dan mempromosikan produk affiliate pada blog anda. Untuk mendaftar akaun Google Adsense sila ke: http://www.google.com/adsense


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

In 2007, the government passed the ‘Habitual Overseas Gambler’ law, which prohibits betting on sports activities games from outdoors the nation. It can also be|can be} illegal for them to participate in gambling outdoors of the nation and if caught, they face a 3-year jail sentence, as well as|in addition to} a $25,000 USD fine. Online gambling can also be|can be} illegal with the government cracking down on international websites that settle for South Korean gamers. Pay a visit to established 1xbet casinos in Korea and see if Poker just isn't one of the games offered.

Catat Ulasan