Apa Itu Meta Tag

Posted Posted by Anazoth in Comments 1 ulasan

Didalam artikel saya sebelum ini, saya ada menceritakan kepada anda mengenai apa itu blog. Hari ini saya ingin ceritakan serba sedikit mengenai meta tag yang terdapat didalam blog atau laman web tersebut. Untuk makluman anda meta tag adalah HTML tag yang berada didalam HEAD section pada skrip laman web atau blog anda. Tidak seperti HTML tag yang lain, meta tag tidak akan kelihatan didalam page anda. Setiap meta tag yang diletakkan pada laman web anda akan membantu enjin pencari/crawler memahami laman web/blog anda dengan lebih mudah semasa diindex. Setelah anda membina laman blog atau web anda, saya nasihatkan anda agar membuat penambahbaikan pada meta tag di laman/blog tersebut.




Jika anda lihat contoh diatas, terdapat 3 jenis tag yang berada diantara 'HEAD' section iaitu 'title tag', 'meta description tag' dan 'meta keywords tag'. Mari saya terangkan satu persatu.

Title Tag
Sebenarnya 'title tag' bukanlah meta tag. Cuma saya rasa perlu juga untuk saya terangkan mengenai 'title tag' disini. Title tag merupakan tajuk page anda. Apa saja perkataan atau ayat yang anda masukkan disini akan keluar pada 'reverse bar' dibahagian atas kiri jika seseorang melayari laman anda. 'Title tag' juga berfungsi untuk menerangkan pada seseorang sekiranya mereka add page anda sebagai 'Favorites'. Keterangan pada titile tag inilah yang akan keluar pada tajuk 'Favorites' tersebut. Kebanyakkan crawler akan menggunakan 'title tag' anda sebagai tajuk utama disenarai carian apabila laman anda telah diindex.

Meta Description Tag
Ini adalah penerangan ringkas mengenai laman/blog anda. Anda perlu terangkan serba ringkas mengenai laman/blog anda disini. Penerangan anda tidak perlu panjang. 200 perkataan sudah memadai. Adalah baik sekiranya anda memasukkan beberapa keyword bersama keterangan anda disini.

Meta Keywords Tag
Meta Keywords amat berguna untuk membantu laman/blog dari segi menentukan ranking anda. Contohnya jika page anda menceritakan mengenai 'resepi popular' dan anda mengunakan banyak perkataan resepi popular didalam body page anda, ia secara tak langsung dapat meningkatkan ranking laman/blog anda di enjin carian. Meta keywords akan memberitahu crawler keyword/katakunci mana yang anda gunakan pada laman/blog tersebut.

Terdapat juga meta tag yang lain yang boleh anda masukkan pada laman/blog anda seperti 'Meta Robots' contohnya. Meta robot digunakan untuk memberitahu crawler samada perlu atau tidak untuk meng'index' sesebuah page dilaman web/blog anda. Kebanyakkan enjin carian utama dapat membaca meta robot tag ini.

Sila lihat contoh dibawah.

noindex
laman ini tidak akan diindex oleh search enjin.



nofollow
Robots/crawler tidak akan ikut 'follow' link dari laman ini.



1 ulasan:

oele berkata...

good artikel.... sangat membantu...

Catat Ulasan